#mypowerofchange

Semuanya bermula pada minggu kedua bulan Disember 2022 ...

    Sahabat sepejabatku yang memang terkenal cakna mempromosi tentang ALP. Ketika itu memang tidak terlintas mahu memohon program Applied Leadership Programme (ALP) ni.Yalah...tugasan hakiki pun berlambak bagai nak rak mahu kejar! Nanti yang di kejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran...

    Dijadikan cerita, bila due datenya dah habis tetiba pula terbuka hati mahu memohon. Cari penyakit kali.Haha. Tanya balik sahabatku tu...Cuba saja isi katanya. Mulalah konon aku mengisi tapi bab mengisi pun bukan calang-calang. Setiap elemen ada karangan panjang dan ada beberapa yang perlu dilengkapkan. Mulai lagi putus asa tapi sudah buka lappy ...aku teruskan saja menggoreng karanganku itu tanpa toleh kiri kanan. Maklumlah...karangan tidak berpandu dan suka hati punya pasal. Kawanku di sebelah sempat ketawa. Rajin ko menggoreng katanya. Aku tersengih saja. hentam sajalah labu. Cuba saja bah kan. Sudah cuba baru tau konon motto hidupku kala itu.

Nah, seminggu kemudian aku di PM siring dalam WhatApps. Uina... layak konon ditemuduga. Kebetulan masa temu duganya aku dalam perjalanan balik daripada menghadiri bengkel di Kota Kinabalu. Nah,cabaran juga sebab masa temuduga tu aku mungkin dalam perjalanan balik . Tahu sajalah ada kawasan yang tiada line antara Kota kinabalu dan Kota Marudu. Ketika itu aku pasrah saja tapi sudah saya bagi makluman kepada urusetia. Rock-rock pun mesti mahu inform bah kan. Manalah tau betul-betul ada kekangan tidaklah bikin malu orang kampung.haha.


    Semasa sesi temuduga, aku hampir nak pengsan. Tapi nasib boleh cover line. Si penemuduga rupanya macam ku kenal tapi di mana ya? Dalam kesibukan memikir jawapan  terhadap beberapa persoalan yang dilontarkan, dalam masa yang sama sibuk jua otakku menyempat menyemak mana-mana rekod memori pernah aku nampak wajah ini. 

    OMG! Rupanya mantan orang kuat KPM. Dr Habibah bah pula. Nasib juga tiada panic attack. So, sesi pun berlangsung dengan santai dan penuh suka cita (andaiankulah). Kemudian, setelah lebih kurang 30 minit berperang dengan perasaan dan debaran maha hebat, berakhirlah sesi tersebut. Seperti biasa, tanpa malu saya memohon agar kami berdua ada sesi bergambar. Nasib baik Dr.H sporting orangnya. Thank you Dr. Namun, sepanjang sesi tersebut saya amat teruja kerana bila kita berbicara dengan orang yang hebat ini, lain macam auranya. Namun, terus terang ketika itu, saya tidak berharap tinggi untuk diterima kerana banyak jawapan merapu dan main hantam aku bagi sebab turun saja daripada kereta dari Kota Kinabalu, terus ditemuduga. Memang, koyaklah persediaan aku.hihi.

    Menjelang 31 Disember 2022 aku tiba-tiba di PM siring lagi. Tahniah...anda terpilih...Sila isi borang setuju terima.bla..bla...Tarikh tutup setuju terima pada 31 Disember 2022. 

Dalam keadaan kucar-kacir sebab time tu family aku dikampung ada buat open house untuk Krismas dan line pun ke laut...ku minta pinjam lappy adikku di kampung dan drive ke arah bandar. Tengah kalut dan di tengah jalan aku semak emailku. Alamak rupanya tawaran sudah diberi 3 hari lalu. Dek kesibukan cuti-cuti Malaysia dan kurang menaruh harapan, aku tidak cakna. Itulah ba Cikgu Sobe ni...

Nah, nasib line ok sikit bolehlah aku merespon tawaran tersebut dengan jayanya. Lepas itu semuanya pun berlaku dengan lancar seperti gambar-gambar pameran di bawah ini. Kickstartnya offically bermula pada 07 Disember 2023@ 9:00 pagi. Kali ini aku ada ready sikit...sempat pakai lipstik dan sisir rambut. Arr..gitu. Nasib, kalau tidak sudahlah hodoh serabut bagai lagi muka aku. Ada di kasi live di fb ba pula. Itu pun aku tahu sebab ada kawan info. Nasib-nasib ! Haha.





    Melalui perkongsian sesi 1@ Kickstart semalam, ada tiga ciri yang mesti ada pada pemimpin yang berkesan yakni komitmen, kerjasama dan ketekalan dalam tindakan. 
Aku masih dalam proses introspeksi diri...
Dalam tempoh lebih kurang 9 bulan perjalanan kelana ini, mampukah aku menjadi seseorang yang boleh mengamalkan dan boleh memberi teladan dalam tiga ciri utama pemimpin ini?
Terlalu awal untukku memberi jawapan...
Namun, agak berat misi dan visi yang perlu digalas dan dicapai ini...
Semoga doa, harapan dan sokongan daripada pelbagai pihak mampu menjadi daya penarik kepadaku untuk terus berjuang menjayakan misi dan visi yang telah bermula titiknya semalam.
Pantang berundur...
Selagi ada kudrat dan bersandar kepadaNya.
Pasti ada pelangi dihujung sana.

Panjangnya nukilanku kali ini.
Menggambarkan gundah gulana yang bercampur aduk dengan harapan dan amanah.

Nukilan bernoktah disini.
Jumpa lagi.

Cikgu Sobe @ 8/1/2022
#mypowerofchange




Previous Post Next Post