E- KOMPILASI PENTAKSIRAN PERCUBAAN SPM BIDANG TVET PPD KUDAT 2022

https://anyflip.com/ldlkq/tvsv/ 

Salam sahabat maya dan pejuang pendidikan. 



    Team Muafakat Pasukan TVET PPD Kudat dengan rendah hati berkongsi e-kompilasi pentaksiran percubaan SPM bidang TVET PPD Kudat 2022 yang merupakan garapan idea dan hasilan pasukan kami demi meningkatkan prestasi anak-anak didik kami , terutamanya calon SPM sesi 2022/23 ini.
Hasilan ini bukanlah yang terbaik dan amat sempurna, namun setiap bahan bantu belajar yang dihasilkan dengan niat baik, tulus dan ikhlas pasti ada rencana terbaik daripadaNya.
    Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan untuk tujuan pendidikan dan bukan komersil, pihak kami amat berbesar hati. Walau bagaimanapun, seperti mana penerbitan yang lain, pihak kami amat berharap agar pihak pengguna menggunakan berdasarkan terma dan syarat hak cipta terpelihara yang dijelaskan secara terperinci dalam buku ini. Pihak kami juga menafikan sebarang aktiviti plagiat yang melanggar undang-undang semasa.

 Selamat maju jaya semua.

Kita berkongsi kerana kita cakna.

Urusetia penerbitan.
09/01/2023 @ 10.00 AM.

2 Comments

Previous Post Next Post