Hari kedua aku memiliki blog, aku teruja mengunjungi 73 blog milik keluarga AYU yang dekat benar dihatiku. Sebagai ahli keluarga. sudah pasti aku mesti menyokong mereka dan sekurangnya mengunjungi 'banglo' rekaan maya garapan idealistik mereka. Sebagai 'newbie' aku kira ia jua sejenis lawatan pembelajaran melihat pelbagai karya para pempengaruh.
Satu demi satu rekayasa blog aku lalui...ianya satu perjalanan intropeksi diri yang agak mengujakan. Gaya penulisan dan pemilihan warna serta penampilan watak atau gambar yang ditonjolkan sedikit sebanyak memantulkan imej dan cara fikir para keluarga ilmuan ini.
Waa...hatiku girang membilang kembaraku dari nombor pertama sehinggalah yang ke 73. Kebetulan peserta akhir diriku si no.74. Mungkin...esok, lusa dan tulat nombor ke belakangku akan bertambah.
Tak kisahlah...apa jua nombor yang kita miliki seharusnya berbangga sebab at least masuk list! Ada transformasi. Biarlah mungkin kelihatan ringkas, kosong dan perlu 1001 lagi 'upgrade".
Tak apa...bagiku kembara 73 ini amat bermakna. Terdapat banyak 'view' dan side refleksi yang aku terima melaluinya.
Bak sudut pandangku seperti dalam paparan gambar-gambar indah ini...melalui kaca mataku yang sama dan berdasarkan pandangan manusiawi biasa yang pasti banyak kelemahan...aku melihat pelbagai perspektif pemandangan yang terbentang LUAS dihadapanku.
Semuanya atas nama karya...namun bicara melalui pemandangan itu amat berbeza dan ditakrif keindahanya yang agak terbeza...tapi konklusinya sama. Kemenjadian pemandangan itu amat indah sekali. Seperti paduan karya agung Tuhan ini...menjadikan batu-batan yang hodoh permukaannya terpamer indah bila bersatu dengan flora dan alam sekitarnya.
Begitu jua 73 Karya blog yang ku jejaki tadi.
Semuanya indah pada waktuNya.
Tahniah 73 blogger AYU...eheh...74. Kan aku pun adoo! Hihi
Ok, End of story.
Review unoffically- Night 12:47 @ 7/1/2023
Kalau kita ingin berjalan dan berlari, kita perlu belajar bertatih dulu. Ada blog sendiri adalah satu pengalaman yang sangat mengujakan..
ReplyDeleteWell said ustazah. Jom sama2 kita mencungkil potensi.
DeleteIndahnya bahasa yg cikgu gunakan. Lihatlah blog saya kaku dan lesu. Berikan saya sepatah kata semangat.
ReplyDeleteBicara cikgu pun sudah puitis. Boleh ni.kamon.
DeleteTerbaik cikgu, semoga terus maju jaya dalam berkarya
ReplyDeleteSame too you sir!
DeleteWow...gaya bahasamu sungguh indah cg sobe...kena berguru bah ni dgn mu
ReplyDeleteCikgu gojes baini.ainaa..antaman baitu.cikgu lagi terer tu.
DeleteWahhh!!! Hebat penulisnya... terus berkarya jom!
ReplyDeleteBila sifu kata jom, kita follow terus! Terima kasih atas bimbingan.
DeleteTahniah cikgu.. Perkongsian yang sangat menarik.. Moga2 sy termasuk dalam 73 blogger itu😂
ReplyDeleteSejujurnya saya bukanlah seorang penulis yg hebat seperti cikgu.. 😍
Bicara balas tuan sudah menunjukkan betapa hebatnya bahasa yang diamalkan. Jom mara ke hadapan.
DeleteBegitu puitis bahasa yang disusun dalam garapan idea yang mulus sifatnya. Tahniah Cikgu.
ReplyDeleteHebatnya bahasa yang ustazah pantulkan buat saya. Terima kasih atas kasih ini. Terima kasih kerana sudi berkunjung.
Delete