UNLOCKING MY POTENTIAL - SAYA BOLEH!

Unlocking my potential mom!
Saya boleh! 
Let me do it!



Ketika gambar diambil, anak ini baru berumur tiga tahun lebih. Anak ini jarang berbicara. Malah, tersangat jarang dan jika berbicarapun jika ada keperluan sahaja. Pernah seketika, kami membawanya bertemu doktor pakar kerana merisaukan hal-hal seperti simptom speech delay, lidah pendek dan yang seumpamanya. Maklumlah, our first born. Banyak hal dan kerisauan sebagai ibu bapa yang baru bertatih. Kami berhenti bertemu pakar, apabila bertemu dengan seorang doktor pakar yang awesome. Beliau mengambil masa berinteraksi dengannya dan ada beberapa siri ujian aku kira dia laksanakan bersama anak ini. Kemudian dengan tenang dia berbicara " There is nothing wrong with this child. He will grow well. He is healthy, smart and brave. He's fine. Give him space and let him explore what he wants!".
Begitulah halnya terjadi. Kami kemudiannya kami berhenti menemui pakar lain dan membuat keputusan untuk biarkan dia membesar dengan menerokai alam sekitarnya dengan bebas. Semuanya berlaku seperti biasa dan kerana kesibukan harian banyak perkara yang mungkin jarang diperhatikan.
Kemudiannya, kami berkesempatan untuk mengunjungi tempat ini di Pulau Bali bersama dengan dua lagi keluarga kami. Percutian kami kali ini amat menarik dan mencabar kerana ramai ahli percutian kami yang masih kecil. Semasa itu, saya juga sedang mengandung 3 bulan anak yang ketiga dan anak kedua saya baru setahun lebih. Boleh tahan juga penat tetapi kami tetap bersukacita kerana kebersamaan kami.
Dijadikan cerita, kami melawat kawasan tempat beribadat agama Hindu yang terkenal di Pulau Bali ini. Banyak sekali patung dewa-dewi tersergam indah dan saiznya sangat besar. Anak berat mulut saya ini tidak bersuara tetapi matanya bersinar penuh minat dan takjub akan patung-patung yang bersaiz besar dan pelbagai bentuk itu.
Tiba-tiba dia bersuara girang dan sangat teruja. Dia memegang tangan bapanya sambil berlari anak separuh mengheret paksa bapanya beredar ke suatu tempat. Kami terpaksa bergerak menuju ke arah yang dia tunjukkan. Kelihatan dari jauh abang-abang sepupunya yang lebih tua daripadanya sedang berada di pusat pelepasan flying fox. Satu persatu kami menonton abang-abang sepupunya melakukan aktiviti flying fox tersebut. Tiba-tiba tanpaku sangka, dia pun pergi berbaris dan dengan yakin menunggu gilirannya untuk menaiki tali tersebut. 
Aku agak cemas dan menyuruhnya turun keluar daripada barisan dan segera turun ke bawah. Dia hanya tersengih dan terus bergerak kehadapan. Bapanya pun aku lihat agak bimbing.Maklumlah jarak dari mula dan berhenti agak jauh serta tali gantungannya agak tinggi. Aku lihat pekerja yang mengendalikan aktiviti tersebut pun agak risau. Dia juga turut membantu kami memujuk agar anak ini turun daripada tempat berlepas.
"No." Jawabnya pendek. Mati akalku kejap sebab memikirkan risiko jatuh dan banyak lagi akibat lain.
"Mom, let me do it! I can do it!" Katanya ringkas dan penuh yakin. Aku berpandangan dengan suami. ragu-ragu. Akhirnya, kami mengalah. Biarlah di menerokai dunia ini. Semasa dipakaikan dengan helmet dan tali pengikat, berdebar-debar hati.Serasa tidak mahu mengalah pula. Suami pandang penuh makna. Biarlah dia meneroka. Katanya. Maka, dapatlah anak ini lesen melakukan aktiviti flying fox.
Semasa dia dilepaskan, aku dan suami yang berada di bawah sibuk memerhati dan mengejar si anak yang sedang berada di udara dalam keadaan tergantung.
"Pegang kuat tali itu nak!", "Hati-hati nak!", "Jangan jatuh!" Antara pesanan penaja yang aku jeritkan dari bawah. Risau benar suamiku anak itu jatuh. Dia berlari mengejar laluan anak itu bergerak sampai ke destinasinya. Aku memerhati dari jauh.Tidak larat berlari mengejar. Aku terbayang wajah anakku yang girang ketika berada di awangan. Langsung tiada ketakutan tercalit di wajahnya. Malah aku lihat dia sangat teruja dan seronok!
"Mom, I want to do it again...and again!" Jeritnya. Biar betul ko nak! Mama dan bapa mahu sakit jantung sudah tengok anaknya tergantung atas tali yang sangat tinggi. Desak punya desak. Mahu tiga kali dia berulang menaiki flying fox tersebut dan jantung kami suami-isteri berdetak laju setiap kali dia melakukan aksi tersebut.
Sekembali daripada aktiviti tersebut dan sedang berehat di tepian pantai yang indah, saya flash back balik peristiwa petang tadi. Sepertinya terbayang wajah dan lontaran suara si dr awesome tu.
"Biar anak ini terokai dunianya dengan bebas..."
Sepertinya aku dapat memahami dan memaknai maksud tersirat pesananya itu.
Anak itu boleh berkomunikasi dengan yakin dan berani apabila mereka minat dan berada di dunia terbuka. Seperti anak ini tadi betapa banyaknya kosa kata dan  bilangan perkataan yang dikatakan pada hari tersebut . Mengapa? Sebab hal yang dia timbulkan betul-betul menarik dan mengujakan baginya.
Konklusinya, ibu bapa janganlah kita sekat potensi anak untuk melakukan sesuatu yang dia mahu lakukan dalam hidupnya kerana moment tersebutlah yang akan mencipta sisi lain si anak yang lebih indah. Jom, unlocking potential anak-anak kita dengan menggalakkan mereka mencapai impian kecil mereka walaupun kadang-kadang minda kita selalu diblok dengan kata-kata:
" Tidak boleh!" , "Masih kecil lagi.Bahaya!", "Janganlah nanti ..."
So, jom mari kita sama-sama ubah mind-set ke arah yang membangunkan potensi anak-anak kita yang lebih optimum dan meluas selautan.

Yeszaa. Geng ibu-ibu cakna.
Terima kasih kerana support baca cerita ini. GBU all


Cikgusobe@12:24pm





 

Previous Post Next Post