KONVENSYEN PEMBELAJARAN DIGITAL SABAH 2023

 WARNA-WARNI KONVENSYEN PEMBELAJARAN DIGITAL SABAH 2023!

Bila hijab naif tersingkap...sifar meningkat menjadi angka positif!

Aura digital membahang di sanubari, helang kini terbang ke angkasaraya!







Konvensyen julung kali ini diadakan bermula pada 21-25 Februari 2023.

Kali ini ianya melibatkan banyak penglibatan daripada pengiat-pengiat digital yang juga penyumbang utama kepada perkembangan arena pendidikan masa kini. Jalur digital pelbagai telah berkolaboratif untuk memberi sumbangan dalam program kali ini. 

Paling membanggakan jalur youtube banyak menyaksikan bahawa keluarga Akademi Youtuber Guru Malaysia (AYU) juga amat menunjangi perkembangan pendidikan dalam saluran bimbingan PdPc dalam talian. Hebatnya perasaan apabila melihat begitu ramai sekali ahli keluarga AYU yang mempamerkan ketrampilan mereka yang unggul dalam program kali ini. Ada yang menjadi penceramah, moderator dan pempamer! Hebat!

Namun, turut beraksi sebagai peserta, moderator, pencatat dan pempamer adalah pengalaman yang luar biasa sekali! Pengalaman sebagai Pegawai SISC+ Sains dan Matematik (2013-Julai 2022), Pegawai SISC+ TVET (I Ogos 2023 -kini) dan sebagai graduasi Akademi Youtuber Guru Malaysia (AYU) amat membantu saya mendepani dan melaksanakan tugasan-tugasan yang diberi semasa konvensyen ini. Puji Than, tugasan-tugasan tersebut berjaya dilaksanakan dengan lancar dan agak berjaya (berdasarkan pungutan suara dan pemerhatian). 

Intropeksi diri menyatakan bahawa tugasan tersebut berjaya digalas dengan cemerlang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan didikan secara langsung dan tidak langsung yang diterima daripada kerja buat hakiki dan bimbingan AYU. Terima kasih semua yang telah memberi sumbangan.

Hebatnya juga konvensyen kali ini kerana saya dapat bertemu dengan pelbagai ikon digital Malaysia yang turun padang! Sahabat-sahabat digital kini dapat ditemui secara fizikal!

Yessza! Keterujaan timbul hebat apabila dapat bersua dengan orang-orang "frontliner" KPM sendiri. YB Menteri Pendidikan, pengarah-pengarah berkaitan KPM dan KSTI dapat ditemui dan berswafoto dengan gembira sekali! 

Pengalaman mengendalikan forum bicara pakar bersama 3 watak tersohor jalur Google, Microsoft dan Apple adalah luar biasa sekali. Kembali menonton semula ulangan siaran live di youtube menyebabkan terasa ada perasaan yang amat luar biasa..."Akukah sang moderator itu?" . Rasanya aku tidak tersangka hal ini akan berlaku 3 tahun yang lepas. Sebabnya, sebelum menemui AYU aku si zero digital. Dalam AYU aku menemui seseorang diri yang lebih awesome dan lebih ALIVE!!!

Terima kasih atas konvensyen ini.

Program ini telah membuka mata hati banyak yang masih buta digital.

Namun, kebenaran hebat yang amat jujur dan tersingkap membuka hijab gerhana naif dalam diri adalah.....

BETAPA BESARNYA JASA AYU DALAM MENCUNGKIL POTENSI DIRI YANG ADA.

TERIMA KASIH TUHAN, SAAT INSAN LAIN GERHANA JIWA MENDEPANI PANDEMIK...

KASIH BESARMU TUHAN MENJODOHKAN PERTEMUANKU DENGAN AYU...

ADA KELUARGA AYU. MENYINGKAP HIJAB NAIF DIGITAL TANPA SEDAR!

Terbanglah tinggi sang helang juara...

Gapailah cita dan impian selautan angkasaraya...

Bersiaranlah menebar legasi di alam maya!

Konvensyen Pembelajaran Digital dan AYU tetap di hati.


Bicara Tinta Terbuka

cikgusobe@digitalfighter!

Previous Post Next Post