PERCUMA UNTUK ANDA! HOT SPOT SPM 2022.

BAYU HOT SPOT SPM KINI MENEMUI ANDA! 


Mari berkenalan dengan BAYU HOT SPOT SPM.

Program Based Action Youtube Utmost (BAYU) membawakan 17 siri bimbingan secara online melalui pelantar YouTube dengan aura High Of Techniques, Skills, Process On Tactful 

(HOT SPOT) SPM untuk pelajar dan guru yang terlibat secara langsung dengan SPM 2022.

Program ini adalah Inisiatif jalinan dan jaringan merekayasa SPM bersama pasukan pemikir strategik yang terdiri daripada Pegawai SISC+ Sains & Matematik dan TVET dari PPD Kudat, PPD Beluran, PPD Kuala Penyu dan PPD Ranau, Sabah. Gandingan padu ini telah menterjemahkan tindakan intervensi yang telah dikaji amat tinggi keperluan pelaksanaanya melalui BAYU HOT SPOT SPM.

Memantulkan terjemahan Sepakat Sabah HEBAT, program BAYU HOT SPOT SPM ini telah mengembleng segala kepakaran dan kemahiran serta kebitaraan pelbagai sumber lokaliti yang berada di Sabah dan menyuntik masuk beberapa nilai tambah dari seluruh Malaysia melalui sukarelawan pendidikan yang terdiri daripada Guru Cemerlang, Guru Pakar, Pembimbing Program duta Guru, Duta Guru STEM Yayasan Petronas serta guru dan ikon digital pendidikan daripada Akademi Youtuber Guru Malaysia dan juga GEG Kota Kinabalu.

Akar sokongan yang menunjangi pelaksanaan program kolaboratif pintar ini tentunya dipelopori oleh 4 PPD bertuah di bumi Sabah yakni PPD Kudat, PPD Beluran, PPD Kuala Penyu dan PPD Ranau yang diterajui oleh kepimpinan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Adalah menjadi harapan agar 17 siri bimbingan online ini dapat mencapai misi serampang dua mata yakni sebagai medan perkongsian amalan PdP terbaik dalam teknik tepat dan cepat menjawab soalan bagi mata pelajaran terpilih bidang Sains & Matematik dan TVET SPM dalam kalangan pelajar atau calon SPM 2022. Mudah-mudahkan segala nilai tambah yang anak-anak didik perolehi melalui siri bimbingan PERCUMA ini akan menjadi bekal yang memberkati mereka semasa menghadapi medan SPM kelak.

Pasukan BAYU HOT SPOT SPM mengalu-alukan penyertaan pihak tuan/puan dalam siri bimbingan ini. Kami juga amat berbesar hati jika iklan-iklan dan pautan-pautan yang penting dapat disebar luaskan ke alam buana ini demi anak bangsa.

Sila klik pautan di bawah untuk menyemak JADUAL PROGRAM BAYU HOT SPOT SPM. Jadual ini lengkap dengan link youtube siaran.

👉👉👉JADUAL BAYU HOT SPOT SPM

Jika mahu terus ke playlist youtube bimbingan boleh klik pautan di bawah.

👉👉👉PLAYLIST 17 SIRI BIMBINGAN BAYU HOT SPOT SPM

Jika berminat untuk mendapatkan modul kompilasi mata pelajaran Bidang TVET 2022 sila klik pautan di bawah.

👉👉👉E-KOMPILASI PERCUBAAN PENTAKSIRAN BIDANG TVET PPD KUDAT 2022

Jika berminat untuk mendapatkan modul kompilasi matematik sila klink di bawah.

👉👉👉MODUL VAKSIN MATEMATIK SPM 

Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda.

Ayuh para ilmuan, bergerak mara ke hadapan.

Demi anak bangsa!


Urusetia

BAYU HOT SPOT SPM 2022

27/01/2023 @ 11:00 AM

Previous Post Next Post