"What draws people to be friends is that they see the same truth. They share it."
- C.S.Lewis
Jejak perdana pembuka tirai pengiktirafan di peringkat antarabangsa kami
pertaruhkan melalui The 11th International Conference On Indigenous and
Cultural Psychology yang berlangsung di Fakulti Psikology dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah pada 11-12 Januari 2023.
Terdapat dua inovasi dalam pengurusan Coaching & Mentoring telah kami kongsikan dengan suka cita yakni COA (Coaching On Air) dan BAYU ( Based Action Youtube Utmost).Berdasarkan refleksi kendiri, impak dan kejayaan yang dicapai oleh pihak ML (Middle Leader) dan juga kami sebagai pembimbing merangkap Pegawai SISC+ mendapati bahawa terdapat 3 ciri utama yang perlu diamalkan jika berjaya iaitu KOMITMEN, KERJASAMA dan KETEKALAN.Intropeksi diri saya pula merumuskan bahawa untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi kita perlu tanamkan dan amalkan 3K yakni Komited, mudah bekerjasama dan berdaya tahan menerima cabaran semasa. Namun, jika anda mempunyai rakan sehati, sejiwa... itu adalah bonus kehidupan kerana bukan mudah mencari rakan sejati dalam hidup kita. Rakan sejati adalah cerminan minat dan budaya kerja kita. Kata si bijaksana, apa yang membawa kepada persahabatan adalah kerana mereka melihat kebenaran yang sama . Mereka berkongsinya. Ianya benar berlaku bagi kumpalan COA dan BAYU.
Syabas dan tahniah kepada semua ahli pasukan COA dan BAYU.
Semoga terus melangkah dan mendepani cabaran pendidikan digital masa kini.
Coret-coret: 17/01/2023
Tahniah cikgu...
ReplyDelete